Friday, 27 April 2012

University Ambassador kohort 1

          Duta Universiti atau dikenali sebagai University Ambassador Universiti Pendidikan Sultan Idris (UA UPSI) terdiri daripada 5 pelajar di bawah Fakulti Sains dan Matematik (FSMt). Mereka telah banyak menluangkan masa mereka demi manfaat kumpulan sasaran iParents dan juga kejayaan projek ini. Walau bagaimanapun, mereka sanggup menjaga pelajaran mereka dan dapat keputusan yang agak baik.

*gambar diambil semasa Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang berlangsung di UiTM pada 21 Mac 2012.


Pengarah Program iParents
Sitinoraini Binti Mohamad
Sains (Matematik) dengan Pendidikan 
Pelajar Tahun 3 2011/ 2012 
Berasal dari Chemor, Perak

wafa_2190@yahoo.com



Ong Shwu Chyn
Pendidikan Biologi
Pelajar Tahun 3 2011/2012
Berasal dari Skudai, Johor

schyn1214@hotmail.com



Ainnus Syaqinah Binti Sajali
Sains (Matematik) dengan Pendidikan
Pelajar Tahun 1 2011/2012
Berasal dari Banting, Selangor

aisya_nurqasrina@yahoo.com



Nurul E'zzati Binti Salleh
Pendidikan Matematik
Pelajar Tahun 2 2011/2012
Berasal dari Kulaijaya, Johor

sm4rt_drift3006@yahoo.com




Ahmad Munqeedz Bin Mohd Amin
Pendidikan Matematik
Pelajar Tahun 2 2011/2012
Berasal dari Setiawan, Perak

moonkidz91@gmail.com

Thursday, 26 April 2012

Fasa Pertama (Kesedaran) 17-18 Februari 2012

          Atas permintaan daripada pihak KPT, perlaksanaan iParents telah diawalkan dari 02-04 Mac 2012 ke 17-18 Februari 2012. Sebaik sahaja UA balik dari bengkel Transformasi Kepimpinan yang berada di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), training dijalankan antara UA dan UV. Kami bertolak ke SK Seri Besout untuk Majlis Perasmian iParents pada pukul 8.00 pagi, 17 Februari 2012. 
:: Sekolah Kebangsaan Seri Besout.
:: 9.00am- UA dan UV beramah mesra dengan PK Kokurikulum, Tn Hj Azli Bin Aman sebelum majlis perasmian berlangsung.
:: UA beramah mesra dengan ibu bapa yang hadir awal di SK Seri Besout.
:: Ibu bapa yang sedang mendaftar diri di kaunter pendaftaran. 

iParents


          iParents adalah salah satu projek yang dianjurkan oleh University Ambassador Programme (UAP) di bawah Natinal Blue Ocean Strategy 5 (NBOS5) dengan tujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Rangka kasar projek ini telah disediakan oleh Duta Universiti UPSI bersama dengan mentor, Puan Hajah Zainab Binti Othman pada November 2011. Setelah beberapa bengkel pengukuhan yang telah dihadiri oleh pada Duta University dan juga mentor, projek ini dapat dimurnikan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapan. 

         Kumpulan sasaran iParents adalah ibu bapa bagi pelajar Darjah 5 yang lemah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Memandangkan projek ini diadakan di bawah inisiatif "Memupuk minat dalam Sains dan Matematik", iParents membawa objektif-objektif berikut.
  • Memupuk minat ibu bapa dalam Sains dan Matematik demi meningkatkan pencapaian anak mereka.
  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka. 
  • Merapatkan jurang antara ibu bapa dengan pihak sekolah.