iParents adalah salah satu projek yang dianjurkan oleh University Ambassador Programme (UAP) di bawah Natinal Blue Ocean Strategy 5 (NBOS5) dengan tujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Rangka kasar projek ini telah disediakan oleh Duta Universiti UPSI bersama dengan mentor, Puan Hajah Zainab Binti Othman pada November 2011. Setelah beberapa bengkel pengukuhan yang telah dihadiri oleh pada Duta University dan juga mentor, projek ini dapat dimurnikan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapan.
Kumpulan sasaran iParents adalah ibu bapa bagi pelajar Darjah 5 yang lemah dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Memandangkan projek ini diadakan di bawah inisiatif "Memupuk minat dalam Sains dan Matematik", iParents membawa objektif-objektif berikut.
- Memupuk minat ibu bapa dalam Sains dan Matematik demi meningkatkan pencapaian anak mereka.
- Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka.
- Merapatkan jurang antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
iParents mengamalkan tiga konsep yang penting iaitu menggunakan kos rendah, membawa impak yang tinggi dan memerlukan jangka masa yang pendek. Tiga tema projek ini adalah KESEDARAN, PENGLIBATAN dan PENCAPAIAN. Keberkesanan projek akan dinilai oleh bahagian CeTMA (Center for Testing, Measurement & Appraisal) UUM sebelum dan selepas projek ini dilangsung di tempat yang telah ditetapkan. Key Performance Indicator atau KPI projek ini akan dinilai dengan membandingkan keputusan kumpulan sasaran dalam peperiksaan akhir tahun darjah 4 pada tahun 2011 dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun darjah 5 pada tahun 2012.
Sebagai first touch, pihak UPSI telah memilih ibu bapa bagi pelajar darjah 5 yang masih menuntun pelajaran di Sekolah Kebangsaan Seri Besout. Seramai 20 keluarga telah dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan.5 orang UA (University Ambassador atau dikenali sebagai duta universiti) dan 15 orang UV (University Volunteer atau dikenali sebagai sukarelawan universiti)ditempatkan di rumah keluarga tersebut sebagai anak angkat sepanjang projek ini berlangsung. Keluarga-keluarga angkat ini tinggal di Felda Gunung Besout 1 dan 2.
Projek ini mengambil masa sebanyak tiga bulan iaitu dari Februari 2012 hingga April 2012. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah lawatan ke Petrosains di KLCC, ceramah 'Penglibatan Ibu Bapa dalam Pembelajaran anak-anak', Kerja Rumah Keluarga, Projek Sains dan Matematik dan juga lukisan mural di SK Seri Besout. Untuk Kerja Rumah Keluarga, setiap ibu bapa dan pelajar berkenaan dikehendaki membuat peta minda tentang apa yang telah berlaku semasa projek ini dan tuliskan pandangan serta cadangan untuk projek iParents ini.
Dengan kerjasama daripada pihak berikut, haraplah projek iparents ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Sekian.


No comments:
Post a Comment