Sunday 16 September 2012

Bengkel University Ambassador 2

          Sebulan selepas bengkel pertama, kami mendapat surat dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghadiri bengkel kedua yang bertempat di Akademi Kementerian Pengajian Tinggi, AKEPT di Nilai. Kali ini, hanya 8 orang wakil dari UPSI yang hadir kerana salah seorang daripada kami telah menarik diri.

          Pihak penganjur sangat berbesar hati dan bertimbang rasa. Mereka telah menyediakan tempat penginapan yang amat selesa dan dilengkapi dengan wifi serta keperluan asas yang lain. Dengan kemudahan ini, kami dapat menggunakan tenaga kami secara maksimum dalam perbincangan yang akan diadakan sepanjang bengkel ini.


 

Bengkel University Ambassador 1

          Pada bulan November tahun lepas, seramai 10 orang wakil pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dipilih untuk mengikut program Univeristy Ambassador. Tempat untuk bengkel kali pertama adalah di ESSET, Bangi. Bengkel kali ini adalah sepanjang 3 hari dan 2 malam.Wakil dari Universiti lain juga turut serta dalam bengkel ini.


          Antara wakil dari UPSI yang hadir bengkel kali pertama itu ialah Kathy, Sitinoraini, Nurul E'zzati, Ahmad Munqeedz, Mariduan. Shamim, Ong Shwu Chyn, Ainnus Syaqinah dan Cristine. Seorang lagi telah menarik diri pada hari kejadian.

Saturday 15 September 2012

Tentatif bagi Projek iParents (Lima Fasa)

          Berikut adalah tentatif yang telah disediakan bagi lima fasa projek iParents.Segala perubahan akan dilakukan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian projek. Sila klik tentatif berkenaan untuk membaca entri setiap fasa.







Fasa Kelima(Penilaian) 28-29 April 2012

          Fasa lima merupakan fasa yang terakhir bagi projek iParents. Dua aktiviti yang penting iaitu Pembentangan hasil kerja projek Sains dan Matematik daripada setiap keluarga dan juga Majlis penutup akan diadakan dalam fasa ini.

          Oleh sebab Balai Raya Felda Gunung Besout 1 akan digunakan untuk mesyuarat, lokasi pembentangan hasil kerja Sains dan Matematik ditukar ke Dewan Besar Felda Gunung Besout 1 yang bersebelahan dengan Balai Raya. Wakil daripada Felda Besout 1 turut membantu kami dari segi logistik dan teknikal.

:: Wakil dari SK Seri Besout dan Felda sudi menjadi juri sempenapembentangan Hasil Kerja Sains dna Matematik.

:: Suasana semasa pembentangan berlangsung.




:: Seorang bapa yang membuat pembentangannya dengan menggunakan slide power point.

Fasa Keempat (Penglibatan) 07-08 April 2012

          Aktiviti lukisan mural di Sekolah Kebangsaan Seri Besout akan dijalankan pada hari pertama fasa keempat. Oleh demikian, barisan University Ambassador bertolak sehari lebih awal ke sekolah tersebut untuk membuat perbincangan kali terakhir dengan pengetua SK Seri Besout mengenai lukisan mural tersebut. Barisan UA balik ke Tangjung Malim pada hari yang sama untuk mengadakan sesi perbincangan antara AJK Perlaksana pula.

  
          Pada hari kejadian, pihak University Ambassador dan University Volunteer UPSI mengalami sedikit masalah pengangkutan. Bas untuk bertolak ke Felda Gunung Besout pada waktu pagi 7 April 2012 hanya dapat bertolak pada pukul 9pagi kerana semua bas telah penuh ditempah sebelumnya. Sebagai barisan UA, kami berlima bersetuju untuk pergi dengan kereta sendiri dahulu untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan sebelum ini.

:: ibu bapa yang sedang menunggu di dataran SK Seri Besout.
:: dari kiri: Tuan Haji Sulaiman dan pengetua SK Seri Besout



:: Salah seorang UA, Ahmad Munqeedz dengan adik angkat dia.
:: Ibu yang berusaha untuk menyempurnakan aktiviti lukisan mural.

:: Ibu-ibu dan bapa-bapa yang turut serta dalam aktiviti tersebut.

Fasa Ketiga(Penglibatan) 17-18 Mac 2012


          Hari pertama pada fasa ketiga, tiada aktiviti yang melibatkan semua kumpulan sasaran dijalankan.  University Ambassador dan University Volunteer berada di rumah keluarga angkat masing-masing sebaik sahaja tiba di tanah Felda Gunung Besout. UA dan UV menjelaskan tugasan untuk fasa ini iaitu 'Projek Sains dan Matematik'. Setiap keluarga telah dibagi topik yang berlainan mengikut silibus subjek Sains dna Matematik Tahun 5. Setiap keluarga akan dibagi masa satu bulan untuk menyediakan bahan atau model mengikut topik yang telah diberi. Satu sesi pembentangan hasil kerja setiap keluarga akan diadakan pada fasa kelima nanti.

          Pada pagi hari kedua, projek iParents ini diteruskan dengan Ceramah Kesedaran ibu bapa dalam pembelejaran anak. Penceramah ialah Dr. Nasir dari Bahagian Bimbingan dan Kaunselling Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semua ibu bapa dijemput hadir ke sesi ceramah itu.

:: dari kiri- Wakil SK Seri Besout, Wakil PIBG SK Seri Besout dan Dr. Nasir.
:: Bapa-bapa yang sedang membaca handout yang diberikan.