Friday, 14 September 2012

Fasa Kedua (Penglibatan) 25-26 Februari 2012

          Ini adalah kali kedua tiba di tanah air Felda Gunung Besout 1 untuk meneruskan perjalanan untuk iParents. Kami bertolak pada pukul 11.00 pagi dari UPSI, 25 Februari 2012. Untuk fasa kedua ini, iParents membawa tema PENGLIBATAN yang membawa objektif meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka di dalam rumah mahupun di luar.
          Pada pukul 2.30 petang, slot Games dan Eksperimen diadakan di Dewan Orang Ramai, Felda Gunung Besout 1. Semua ibu bapa dan anak-anak mereka dijemput hadir. 
:: Sitinoraini, selaku Pengarah Program iParents dan Nurul E'zzati sedang memberi taklimat tentang slot games dan eksperimen yang akan dijalankan sebentar lagi.
 
:: Ong Shwu Chyn. salah seorang UA UPSI sedang memberi penjelasan tentang aktiviti yang akan dijalankan kepada ibu-ibu dan juga adik-adik. 
:: Salah seorang pelajar Tahun 5, matanya telah diikat dengan kain hitam. 
:: Pelajar tersebut cuba meneka jenis serbuk yang dirasa.
:: Seorang pelajar lagi diminta untuk mencuba.
:: Ibu dan anak sedang cuba untuk menyusun kad tersebut menjadi huruf "T".
:: Ibu-ibu yang aktif dalam aktiviti.
          Pada hari kedua pula, projek iParents diteruskan dengan membawa ibu bapa dan pelajar yang terus melibatkan diri dalam projek ini untuk melawat ke Petrosains yang bertempat di KLCC. Pada pukul 7 pagi, seramai 80 orang yang terdiri daripada peserta, UA dan UV menaiki bas dari UPSI dan menuju ke destinasi- Petrosains, KLCC. Bagi kebanyakan pelajar, ini adalah kali pertama bagi mereka untuk menaiki bas sebegini. Bagi ibu bapa pula, ini adalah kali pertama mereka menaiki bas selepas 10 tahun atau lebih lama lagi.


:: Pembahagian tag nama oleh UA bagi semua peserta yang terlibat sebelum bertolak ke Petrosains. Tujuan pemberian tag nama adalah untuk mengelakan mereka daripada berpisah dengan yang lain.
:: Salah seorang bapa yang sedang merasa kejadian tornado.
:: Seorang ibu yang sedang menyiapkan soalan yang disediakan bersama dengan anaknya. Yang berada di belakang adalah bapa bagi pelajar berkenaan.
:: Ibu dan pelajar merasa kejadian ribut taufan bersama anak angkat.
:: Ibu bapa yang singgah di sudut bacaan bersama anak mereka.
:: Bapa-bapa yang tumpukan sepenuh perhatian semasa Road Show Science diadakan.
:: Peserta yang berseronok dengan pelbagai jenis kemudahan yang terdapat dalam Petrosains.
          Lawatan ke Petrosains hari ini mengambil masa kira-kira 4 jam bagi setiap orang untuk menghayati dan menggunakan kemudahan yang ada di dalamnya. Terdapat beberapa pelajar yang memberi pandangan mereka bahawa mereka ingin melawat ke Petrosains lagi pada masa kelak dan lawatan kali ini berjaya membuat mereka mula rasa minat dalam Sains mahupun Matematik.



No comments:

Post a Comment