Saturday, 15 September 2012

Fasa Kelima(Penilaian) 28-29 April 2012

          Fasa lima merupakan fasa yang terakhir bagi projek iParents. Dua aktiviti yang penting iaitu Pembentangan hasil kerja projek Sains dan Matematik daripada setiap keluarga dan juga Majlis penutup akan diadakan dalam fasa ini.

          Oleh sebab Balai Raya Felda Gunung Besout 1 akan digunakan untuk mesyuarat, lokasi pembentangan hasil kerja Sains dan Matematik ditukar ke Dewan Besar Felda Gunung Besout 1 yang bersebelahan dengan Balai Raya. Wakil daripada Felda Besout 1 turut membantu kami dari segi logistik dan teknikal.

:: Wakil dari SK Seri Besout dan Felda sudi menjadi juri sempenapembentangan Hasil Kerja Sains dna Matematik.

:: Suasana semasa pembentangan berlangsung.




:: Seorang bapa yang membuat pembentangannya dengan menggunakan slide power point.






          Pada hari kedua pula, Majlis Penutupan untuk projek iParents diadakan di Balai Raya. Majlis tersebut bemula pada pukul 9 pagi dan dihadiri oleh wakil dari pelbagai pihak. Sesi penyampaian hadiah dan sumbangan kepada setiap keluarga juga diadakan semasa majlis tersebut.
:: dari kiri: pengetua SK Seri Besout dan Mentor projek iParents, Dr. Hjh. Zainab Othman

:: Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali beramah mesra dengan pengarah program iParents, Sitinoraini Mohamad

:: Para tetamu jemputan. Dari kiri: Tn. Hj. Sulaiman Anang, wakil PIBG SK Seri Besout, Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, TNC UKM, Dato' Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar, TNC UPSI, Pengetua SK Seri Besout dan juga pengarah program iParents, Sitinoraini Mohamad

:: Dari kanan: Mentor iParents, Dr. Hjh. Zainab Othman dan Encik Md Ali Mohamad, wakil KPT



:: Wakil peserta yang menerima sumbangan daripada pihak pentadbiran projek iParents

:: Keluarga yang mendapat hadiah untuk pembentangan hasil kerja Sains dan Matematik.


:: Gambar kumpulan bagi semua tetamu jemputan serta 5 orang UA dan 15 orang UV

:: UA sedang beramah mesra dengan TNC UKM, Datuk Dr. Noor Azlan

:: Pameran hasil kerja daripada setiap keluarga.

:: Tetamu jembutan sedang menguji fungsi periskop yang telah dihasilkan oleh peserta iParents.
          Walaupun Majlis Penutup telahpun berlangsung, ini tidak bermakna hubungan yang telah dibina antara UA, UV dan peserta selama 3 bulan ini berhenti pada sini. Hubungan yang baik akan terus berjalin dan aktiviti sebegini akan diadakan di tempat yang sama tidak lama lagi. Terima kasih atas semua pihak yang benyak membantu dalam menjayakan projek ini secara langsung ataupun secara tidak lanbgsung. Sekian.

No comments:

Post a Comment