Friday, 14 September 2012

Buku Jurnal @ Kerja Rumah Keluarga

Ini adalah buku jurnal atau kerja rumah keluarga yang dibagi kepada setiap keluarga pada hari pertama projek iParents bermula. Setiap keluarga diminta untuk mengisi nama ibu dan ayah (jika berkenaan) dan nama pelajar darjah 5 yang terlibat langsung dalam projek ini. Buku jurnal ini mengandungi lima bahagian yang akan diisi oleh ibu, ayah dan pelajar berkenaan setiap fasa projek itu dilaksanakan di Felda Gunung Besout.

Untuk fasa pertama hingga fasa kelima, peta minda dan pandangan daripada setiap peserta yang terlibat (ibu, bapa dan pelajar) harus diisi di dalam buku ini. University Ambassador dan University Volunteer yang tinggal di rumah keluarga-keluarga angkat ini akan bertanggungjawab untuk memastikan setiap helaian tersebut diisi.

Selain helaian peta minda dan pandangan daripada setiap peserta, helaian soalan-soalan yang berkenaan dengan soalan Sains dan Matematik juga turut diadakan bersama dengan helaian fasa kedua. Peserta diminta untuk menjawab soalan-soalan itu tanpa meminta jawapan daripada anak angkat mereka semasa melawat ke Petrosains di KLCC.

Hadiah bagi Buku Jurnal yang paling kreatif dan keluarga yang paling berusaha untuk menyiapkannya akan disediakan pada Majlis Penutup iParents nanti.

No comments:

Post a Comment