Sunday, 16 September 2012

Bengkel University Ambassador 1

          Pada bulan November tahun lepas, seramai 10 orang wakil pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dipilih untuk mengikut program Univeristy Ambassador. Tempat untuk bengkel kali pertama adalah di ESSET, Bangi. Bengkel kali ini adalah sepanjang 3 hari dan 2 malam.Wakil dari Universiti lain juga turut serta dalam bengkel ini.


          Antara wakil dari UPSI yang hadir bengkel kali pertama itu ialah Kathy, Sitinoraini, Nurul E'zzati, Ahmad Munqeedz, Mariduan. Shamim, Ong Shwu Chyn, Ainnus Syaqinah dan Cristine. Seorang lagi telah menarik diri pada hari kejadian.


          Pelbagai aktiviti diadakan pada bengkel yang pertama seperti sesi ice breaking, ceramah daripada Datuk Dr. Noor Azlan dan Dr. Mazlan serta sesi perbincangan. Datuk Dr. Noor Azlan, selaku TNC UKM merupakan penceramah utama bengkel kali ini. Dalam sesi bersama beliau, satu cara pemikiran baru iaitu Blue Ocean diperkenalkan kepada samua yang hadir. Dr. Noor Azlan juga menjelaskan kepada kami apa yang dikatakan sebagai Blue Ocean Strategy dan bagaimana kami boleh mengalikasikannya dalam projek yang akan dirangka dan dijalankan nanti. Untuk maklumat lanjut berkenaan Blue Ocean Strategy, boleh merujuk link ini.


:: Sesi Dr. Mazlan.
:: Sesi perbincangan antara kumpulan.
 

          Selepas perbincangan selama 2 hari, kumpulan kami berjaya mengemukakan rangka kasar untuk projek yang ingin diadakan nanti. Idea tersebut siterima oleh Datuk Dr. Noor Azlan dan beliau menasihati kami supaya memurnikan lagi tentang detail dan menerapkan lagi pemikiran ala- blue ocean ke dalam projek tersebut.

:: Pembentangan yang pertama diwakili oleh Ahmad Munqeedz.

:: Mengambil gambar bersama dua orang penceramah dan juga wakil-wakil dari universiti lain.


No comments:

Post a Comment