Saturday, 15 September 2012

Fasa Keempat (Penglibatan) 07-08 April 2012

          Aktiviti lukisan mural di Sekolah Kebangsaan Seri Besout akan dijalankan pada hari pertama fasa keempat. Oleh demikian, barisan University Ambassador bertolak sehari lebih awal ke sekolah tersebut untuk membuat perbincangan kali terakhir dengan pengetua SK Seri Besout mengenai lukisan mural tersebut. Barisan UA balik ke Tangjung Malim pada hari yang sama untuk mengadakan sesi perbincangan antara AJK Perlaksana pula.

  
          Pada hari kejadian, pihak University Ambassador dan University Volunteer UPSI mengalami sedikit masalah pengangkutan. Bas untuk bertolak ke Felda Gunung Besout pada waktu pagi 7 April 2012 hanya dapat bertolak pada pukul 9pagi kerana semua bas telah penuh ditempah sebelumnya. Sebagai barisan UA, kami berlima bersetuju untuk pergi dengan kereta sendiri dahulu untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan sebelum ini.

:: ibu bapa yang sedang menunggu di dataran SK Seri Besout.
:: dari kiri: Tuan Haji Sulaiman dan pengetua SK Seri Besout



:: Salah seorang UA, Ahmad Munqeedz dengan adik angkat dia.
:: Ibu yang berusaha untuk menyempurnakan aktiviti lukisan mural.

:: Ibu-ibu dan bapa-bapa yang turut serta dalam aktiviti tersebut.



          Semua UA dan UV balik ke rumah keluarga angkat masing-masing selepas sesi lukisan mural. Aktiviti seterusnya adalah jalinan mesra dengan keluarga angkat dan menyambung untuk penyediaan projek sains dan matematik. Barisan UA berjaya melawat ke beberapa keluarga angkat pada masa yang singkat petang tersebut.

          Pada hari kedua pula, slot Cergas Minda diadakan di Balai Raya Felda Gunung Besout 1. Semua peserta peojek ini termasuk anak-anak mereka yang lain dijemput hadir ke slot tersebut. Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan dalam slot tersebut. Antaranya senamrobik pagi, Mari Bilang Sama-sama dan karangan huruf. Kebanyakan ibu bapa menunjukkan kelihatan gembira dalam slot ini.

:: Senamrobik yang melibatkan semua ibu bapa yang hadir.

:: Pembahagian kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh bapa-bapa yang hadir.
           Aktiviti Mari Bilang Sama-sama bertujuan untuk memberitahu sama ada ibu bapa atau pelajar-pelajar bahawa hanya dengan teknik pembelajaran yang betul dan bverkesan akan membawa impak yang besar dalam pembelajaran diri sendiri.

:: Aktiviti Mari Bilang Sama-sama.





:: Seorang ibu dengan sukarelanya berdiri dan memberi pendangannya terhadap aktiviti yang baru dijalankan
          Seterusnya adalah aktiviti Karangan Berhuruf. Setiap kumpulan mendapatkan tajuk mereka melalui cabutan bertuah. Dalam kad yang mereka cabut, terdapat satu huruf dan emreka diminta untuk membuat karangan dengan menggunakan perkataan yang mula degan huruf berkenaan sahaja. Perkataan tambahan seperti Felda Besout, iParents, Sains dan Matematik perlu digunakan dalam karangan mereka juga. Aktiviti terseut dijalankan dalam tempoh setengah jam dan semua kumpulan dapat menghasilkan karangan yang agak menyeronokkan dan berkaitan dengan kehidupan harian mereka.



:: Pembentangan hasil karya yang ditulis oleh wakil daripada kumpulan tersebut.

:: Seorang ibu yang sedang membaca karangan mereka yang bertemakan huruf "R".


No comments:

Post a Comment