Saturday, 15 September 2012

Fasa Ketiga(Penglibatan) 17-18 Mac 2012


          Hari pertama pada fasa ketiga, tiada aktiviti yang melibatkan semua kumpulan sasaran dijalankan.  University Ambassador dan University Volunteer berada di rumah keluarga angkat masing-masing sebaik sahaja tiba di tanah Felda Gunung Besout. UA dan UV menjelaskan tugasan untuk fasa ini iaitu 'Projek Sains dan Matematik'. Setiap keluarga telah dibagi topik yang berlainan mengikut silibus subjek Sains dna Matematik Tahun 5. Setiap keluarga akan dibagi masa satu bulan untuk menyediakan bahan atau model mengikut topik yang telah diberi. Satu sesi pembentangan hasil kerja setiap keluarga akan diadakan pada fasa kelima nanti.

          Pada pagi hari kedua, projek iParents ini diteruskan dengan Ceramah Kesedaran ibu bapa dalam pembelejaran anak. Penceramah ialah Dr. Nasir dari Bahagian Bimbingan dan Kaunselling Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semua ibu bapa dijemput hadir ke sesi ceramah itu.

:: dari kiri- Wakil SK Seri Besout, Wakil PIBG SK Seri Besout dan Dr. Nasir.
:: Bapa-bapa yang sedang membaca handout yang diberikan. 


:: Sesi pemberian cenderahati oleh Pengarah Program, Sitinoraini Mohamad kepada Dr. Nasir.
:: Jamuan diadakan antara wakil KPT, Dr. Nasir, Wakil sekolah, wakil PIBG dan UA.

Walaupun kebanyakan bapa baru sahaja balik kerja dari shift malam, mereka sanggup hadir ceramah ini demi kebaikkan anak-anak mereka. Isi-isi penting yang mereka dapat dari ceramah hari ini disampaikan kepada anak mereka selepas sahaja mereka balik. Gaya penyampaian Dr. Nasir telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap ibu bapa yang hadir ke ceramah tersebut.

No comments:

Post a Comment