Atas permintaan daripada pihak KPT, perlaksanaan iParents telah diawalkan dari 02-04 Mac 2012 ke 17-18 Februari 2012. Sebaik sahaja UA balik dari bengkel Transformasi Kepimpinan yang berada di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), training dijalankan antara UA dan UV. Kami bertolak ke SK Seri Besout untuk Majlis Perasmian iParents pada pukul 8.00 pagi, 17 Februari 2012.
 |
| :: Sekolah Kebangsaan Seri Besout. |
 |
| :: 9.00am- UA dan UV beramah mesra dengan PK Kokurikulum, Tn Hj Azli Bin Aman sebelum majlis perasmian berlangsung. |
 |
| :: UA beramah mesra dengan ibu bapa yang hadir awal di SK Seri Besout. |
 |
| :: Ibu bapa yang sedang mendaftar diri di kaunter pendaftaran. |
 |
| :: VIP yang turut hador pada majlis tersebut. (Dari kiri) PK HEM SK Seri Besout, Guru Besar SK Seri Besout, Wakil UPSI dan YDP PIBG.
|
 |
| :: Wakil KPT dan juga merupakan pemantau iParents, Pak Ali sedang mendapatkan maklumat terkini berkenaan projek ini daripada Pengarah Program, Sitinoraini. |
 |
:: Barisan UA dan UV yang bersemangat dan pengarah program juga tidak lupa untuk bagi senyuman manis kepada jurugambar.
|
 |
| :: Ucapan daripada YDP PIBG SK Seri Besout, Tn Haji Sulaiman Bin Anang. |
 |
| :: Ucapan daripada wakil UPSI, En Husaini. |
 |
| :: Ucapan daripada wakil KPT, Pak Ali. |
 |
| :: Ucapan daripada Guru Besar SK Seri Besout, Pn Hjh Napisah Binti Hj Shaari dna seterusnya merasmikan iParents. |
 |
| ::10.30am- Penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat. |
 |
| :: Sesi makan tengah hari bersama keluarga angkat. |
 |
| :: 3pm- Ceramah Motivasi oleh Ustaz Kasim di Dewan SK Seri Besout. |
 |
| :: 9pm- Sesi ice breaking antara UA, UV dan keluarga angkat yang bertempat di Dewan Orang Ramai. |
 |
| :: Orang yang dapat botol diminta untuk memperkenalkan diri kepada semua. |
 |
| :: 8am- Senamrobik bersama belia Felda Besout 1 di Dewan Besar. |
 |
| :: Acara sukaneka yang diadakan. |
 |
| :: 10am- Sesi derma darah (berjaya untuk memderma 300cc darah walaupun pitam selepas itu.) |
Setakat ini sahaja untuk fasa pertama. Semua keluarga angkat dan penduduk kampung sudi dan berbesar hati untuk menerima kedatangan kami. Perlaksanaan projek ini akan diteruskan pada minggu seterusnya iaitu 25-26 Februari 2012.
No comments:
Post a Comment